Sunday 24 July 2011

Just Be Yourself..


"Aq pasti takkan menjadi semua yang kau mahu ku jadi".
"Dan ku tak pernah tewas menjadi diriku".
"I'm gonna make a change for once in my life".


Sebelum aq start menaip untuk post kali ini, aq nak khabaq kit.. Post kali ini tidak banyak picture2.. Post kali ini penuh dengan bahan2 ilmiah.. Sesiapa yang sudi baca, thanks diucapkan.. Sesiapa yang xsudi baca, tapi singgah sebentar di sini, thanks juga diucapkan.. Ape pun, Rock on!

Aq bukannya nak meniru sesiapa. Aq just nak jadi diri aq sendiri. Bagi aq, apa yang ada pada 'batang' tubuh aq ni adalah diri aq sendiri. Tiada sesiapa boleh menentukan diri aq. Aq xsuka berpura2.. Aq mahu jadi diri aq sepenuhnya.. 

Kat ofis, aq dah dimotivasikan oleh seorang motivator yang merangkap PR kepada Imam Muda Hassan. Katanya "Setiap insan yang dilahirkan mempunyai rezeki tersendiri.. Rezeki tersebut terletak pada tubuh kita sendiri.. Sebab kita dilahirkan dengan pakej yang sempurna yang Allah telah ciptakan..".

"Cuba kita buat survey kat orang awam.. Kamu enjoy tak dengan kerja kamu.. Kebanyakan orang akan menjawab kerja itu hanya untuk menyara kehidupan sendiri.." ujarnya yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Sahar.

Sambungnya lagi, "Bila bercakap tentang minat, kamu kena tahu apa yang kamu minat.. Apa yang kamu suka buat.. Dan apa yang kamu suka lakukan dan enjoy dengan perkara tersebut.. Sebagai contoh, kalau kamu suka jadi ustaz, dan tak tercapai cita-cita kamu jadi ustaz, maka kamu boleh lakukan dengan cara yang lain.. Sebagai contoh, kamu boleh berdakwah melalui jalan yang lain seperti blogging, website, video dan sebagainya.. Ustaz pun tak mampu melakukan perkara tersebut sendiri.."

"Kalau kamu mahu jadi penyanyi ataupun artis, maka kamu jadi lah ia.. Sebab kamu boleh jadi atas apa yang kamu miliki.. Rupa, suara.. Maksudnya di sini, pakej.."

"Sekarang, saya nak kamu renung-renungkan, apa yang kamu suka, apa yang kamu minat, dan apa yang kamu  perlu lakukan. Jika kamu bekerja sebagai kerani, kamu minat kah dengan pekerjaan itu? Bila kamu tak minat, maka kamu tak kan enjoy dengan pekerjaan kamu itu. Dan bila kamu tak enjoy, maka kamu tidak mencapai apa yang kamu mahukan dalam hidup kamu.. Balik rumah nanti, renung-renungkan.. Fikir sejenak.. Apa sebenarnya yang kamu mahukan dalam hidup.." katanya lagi..

So, melalui perbualan yang serba ringkas tersebut, aq hanya mahu jadi diri aq sendiri.. Sebab aq adalah aq.. Aq xpeduli apa orang kata.. Tapi, dalam menjadi diri sendiri, persekitaran kita juga perlu dititikberatkan. Tak sedap pula menjadi diri sendiri tanpa menghiraukan persekitaran, masyarakat. 

Bercakap pulak pasal persekitaran masyarakat, aq ada contoh yang sedang saja berlaku tatkala aq sedang memikirkan tentang bait2 ayat yang mahu ku sisipkan di dalam blog aq ni..

Semasa aq sibuk mengupdate post ini, di meja sebelahku, ade pasangan couple.. Muda lagi.. Remaja.. I think bawah 20 tahun lagi usia mereka.. Mereka berdating di mcd.. Maybe sambil online.. Tapi yang tak sedapnye, yang online itu adalah budak perempuan itu.. Siap bawa speaker lagi dari rumah.. Pastu buka lagu kuat2.. Mmgla dia suka mcmtu, tapi dia perlu fikirkan persekitaran dia.. Kekasih lelakinya duduk di hadapannya.. Duduk tanpa melakukan apa2.. Tangannya hanya menggenggam sebuah telefon bimbit.. Nokia biasa2 sahaja tanpa mengandungi aplikasi WiFi.. Kerjanya hanya tekan kekunci yang terdapat dalam handphone nya sahaja.. Keypad locked, keypad unlocked. itu sahaja..

Aweknya seperti tidak menghiraukan kekasihnya.. Sesekali ada juga lelaki tersebut bersuara, namun tiada jawapan dari mulut perempuan tersebut. Kenapa jadi begitu? Adakah aq perlu mem-behavior-kan lagi mereka sehingga ketemu jawapannya? Oh tidak.. Tak kuasa aq.. Hahaha...

Jadi, kesimpulannya di sini, jadilah diri sendiri.. Tetapi, dalam menjadi diri sendiri dan melakukan perkara2 yang disukai, ingatlah pada persekitaran, masyarakat, CCTV dan sebagainya.. Ingatlah masih ada hati yang perlu dijaga. Dan yang paling penting, ingatlah Allah...

Eh jap2.. Battery laptop nak kong ni... Jap2, aq gi cari power supply jap..

-5minit selepas itu aq mula mengupdate setelah terjumpa power supply di tingkat 1 McD Titiwangsa...

Pengabdian Vs Pengaiban.

Pengabdian ialah kita mengabdikan diri kepada sesuatu.. Contoh yang paling mudah ialah pengabdian kita kepada Allah SWT.. Bagaimana kita mengabdikan diri pada-Nya? Dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh-Nya dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang olehnya. 

Pengaiban. Apa itu pengaiban? Pengaiban adalah kelakuan yang mengaibkan seseorang. Sebagai contoh, anda membuka aib seseorang itu kepada orang lain. Perkara tersebut adalah berdosa dan dilarang oleh Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:  "Barangsiapa yang menyingkap aib keburukan@dosa saudaranya yang Muslim, Allah akan menyingkap keburukannya sehingga dia akan terhina meskipun di rumahnya sendiri".  (Hadis riwayat Ibnu Majah) daripada Ibnu Abbas.

Pengaiban seperti ini lazimnya terjadi akibat perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap saudara seislam mereka. Mereka yang melakukan ini mungkin dengki dengan kesenangan sahabatnya lalu menyebarkan cerita-cerita yang bukan-bukan sehingga terjadinya fitnah dan sekali gus mengaibkan orang lain. 

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud;
"Dan fitnah itu lebih dahsyat (dosanya) dari pembunuhan".

Berhati-hatilah kepada mereka yang mengaibkan orang lain, suatu hari nanti, anda akan diaibkan jua oleh Allah SWT dan terhinalah kamu.. 

Kepada mereka yang diaibkan, bersabarlah. Dan aq berbangga dengan kamu kerana bersabar dan tidak pula mengaibkan mereka semula walaupun kamu banyak mengetahui tentang aib-aib mereka.. Semoga Allah memberkati kamu.. Insya-Allah..

Sekarang dah dapat bezakan antara pengabdian dan pengaiban lom? Haha.

Cukuplah di sini sahaja blog aq kali ini.. Post kali ini banyak mengandungi info-info yang bermanfaat kepada sesiapa yang mahu memanfaatkannya.. Tetapi, jika anda menganggap post ini sebagai sampah, maka kamu tidak memperoleh apa-apa dari post ini.. Wallahu A'lam...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes