Friday 15 July 2011

Nisfu Sya'aban, Malam Pengampunan.

Pejam celik pejam celik dah nak dekat puasa dah.. Begitu pantasnye masa berlalu.. Bak air yang mengalir dari kepala paip.. (Air paip kat sentul slow nak mampos..nak mandi pun xsyok...Berkarat lak tu.. Air paip kat kampung aq kat Johor lg best.. Sentiasa laju dan bersih.. Tahniah SAJ & Takziah to SYABAS..)





Esok, 16 Julai 2011 bersamaan 14 Sya'aban 1432H.. Ramai orang menyambut Malam Nisfu Sya'aban ni.. Malam Pengampunan..



Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)


Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya danmenyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Banyakkan berdoa kepada Tuhan..

Marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran, berzikir, memberi sedekah dan sebagainya. Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut. Amin.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin...






ISU-ISU SEMASA



MAJLIS TILAWAH AL_QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53
Tarikh: Jul 16, 2011 - Jul 23, 2011
Lokasi: PWTC, Kuala Lumpur




Bermula 15 Sya'aban, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 akan di adakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur. Berlangsung  sehingga 23 Julai 2011 / 21 Sya'aban 1432H, MQTA 2011 bertemakan "Unity as the Essence to Ummah’s Prosperity". Orang ramai dijemput hadir.



McDonald akan mengadakan Olympic Day Fun Run 2011 pada 17 Julai 2011 jam 7.30 pagi di Dataran Merdeka. Untuk keterangan lanjut, sila click here. Untuk mendownload borang penyertaan, click here to download.


Datanglah beramai-ramai...






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes