Tuesday 26 July 2011

This Blog is Under Construction..



Hey semua.. Sorry Blog ini under construction.. Aq tengah menyeting design untuk blog ini.. Al maklum lah aq bukannye web designer, jadi kerja2 mendesign ini memakan masa yang agak lama juga laa.. I do it by myself.. Hehehe.. Apepun, Blog ini akan berfungsi semula setelah semuanya selesai..

Huh.. Penat.. Nak kemas bilik lagi...

Bilik dh bertahun tak kemas... Macamni laa jadinye...



So?





Sunday 24 July 2011

Just Be Yourself..


"Aq pasti takkan menjadi semua yang kau mahu ku jadi".
"Dan ku tak pernah tewas menjadi diriku".
"I'm gonna make a change for once in my life".


Sebelum aq start menaip untuk post kali ini, aq nak khabaq kit.. Post kali ini tidak banyak picture2.. Post kali ini penuh dengan bahan2 ilmiah.. Sesiapa yang sudi baca, thanks diucapkan.. Sesiapa yang xsudi baca, tapi singgah sebentar di sini, thanks juga diucapkan.. Ape pun, Rock on!

Aq bukannya nak meniru sesiapa. Aq just nak jadi diri aq sendiri. Bagi aq, apa yang ada pada 'batang' tubuh aq ni adalah diri aq sendiri. Tiada sesiapa boleh menentukan diri aq. Aq xsuka berpura2.. Aq mahu jadi diri aq sepenuhnya.. 

Kat ofis, aq dah dimotivasikan oleh seorang motivator yang merangkap PR kepada Imam Muda Hassan. Katanya "Setiap insan yang dilahirkan mempunyai rezeki tersendiri.. Rezeki tersebut terletak pada tubuh kita sendiri.. Sebab kita dilahirkan dengan pakej yang sempurna yang Allah telah ciptakan..".

"Cuba kita buat survey kat orang awam.. Kamu enjoy tak dengan kerja kamu.. Kebanyakan orang akan menjawab kerja itu hanya untuk menyara kehidupan sendiri.." ujarnya yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Sahar.

Sambungnya lagi, "Bila bercakap tentang minat, kamu kena tahu apa yang kamu minat.. Apa yang kamu suka buat.. Dan apa yang kamu suka lakukan dan enjoy dengan perkara tersebut.. Sebagai contoh, kalau kamu suka jadi ustaz, dan tak tercapai cita-cita kamu jadi ustaz, maka kamu boleh lakukan dengan cara yang lain.. Sebagai contoh, kamu boleh berdakwah melalui jalan yang lain seperti blogging, website, video dan sebagainya.. Ustaz pun tak mampu melakukan perkara tersebut sendiri.."

"Kalau kamu mahu jadi penyanyi ataupun artis, maka kamu jadi lah ia.. Sebab kamu boleh jadi atas apa yang kamu miliki.. Rupa, suara.. Maksudnya di sini, pakej.."

"Sekarang, saya nak kamu renung-renungkan, apa yang kamu suka, apa yang kamu minat, dan apa yang kamu  perlu lakukan. Jika kamu bekerja sebagai kerani, kamu minat kah dengan pekerjaan itu? Bila kamu tak minat, maka kamu tak kan enjoy dengan pekerjaan kamu itu. Dan bila kamu tak enjoy, maka kamu tidak mencapai apa yang kamu mahukan dalam hidup kamu.. Balik rumah nanti, renung-renungkan.. Fikir sejenak.. Apa sebenarnya yang kamu mahukan dalam hidup.." katanya lagi..

So, melalui perbualan yang serba ringkas tersebut, aq hanya mahu jadi diri aq sendiri.. Sebab aq adalah aq.. Aq xpeduli apa orang kata.. Tapi, dalam menjadi diri sendiri, persekitaran kita juga perlu dititikberatkan. Tak sedap pula menjadi diri sendiri tanpa menghiraukan persekitaran, masyarakat. 

Bercakap pulak pasal persekitaran masyarakat, aq ada contoh yang sedang saja berlaku tatkala aq sedang memikirkan tentang bait2 ayat yang mahu ku sisipkan di dalam blog aq ni..

Semasa aq sibuk mengupdate post ini, di meja sebelahku, ade pasangan couple.. Muda lagi.. Remaja.. I think bawah 20 tahun lagi usia mereka.. Mereka berdating di mcd.. Maybe sambil online.. Tapi yang tak sedapnye, yang online itu adalah budak perempuan itu.. Siap bawa speaker lagi dari rumah.. Pastu buka lagu kuat2.. Mmgla dia suka mcmtu, tapi dia perlu fikirkan persekitaran dia.. Kekasih lelakinya duduk di hadapannya.. Duduk tanpa melakukan apa2.. Tangannya hanya menggenggam sebuah telefon bimbit.. Nokia biasa2 sahaja tanpa mengandungi aplikasi WiFi.. Kerjanya hanya tekan kekunci yang terdapat dalam handphone nya sahaja.. Keypad locked, keypad unlocked. itu sahaja..

Aweknya seperti tidak menghiraukan kekasihnya.. Sesekali ada juga lelaki tersebut bersuara, namun tiada jawapan dari mulut perempuan tersebut. Kenapa jadi begitu? Adakah aq perlu mem-behavior-kan lagi mereka sehingga ketemu jawapannya? Oh tidak.. Tak kuasa aq.. Hahaha...

Jadi, kesimpulannya di sini, jadilah diri sendiri.. Tetapi, dalam menjadi diri sendiri dan melakukan perkara2 yang disukai, ingatlah pada persekitaran, masyarakat, CCTV dan sebagainya.. Ingatlah masih ada hati yang perlu dijaga. Dan yang paling penting, ingatlah Allah...

Eh jap2.. Battery laptop nak kong ni... Jap2, aq gi cari power supply jap..

-5minit selepas itu aq mula mengupdate setelah terjumpa power supply di tingkat 1 McD Titiwangsa...

Pengabdian Vs Pengaiban.

Pengabdian ialah kita mengabdikan diri kepada sesuatu.. Contoh yang paling mudah ialah pengabdian kita kepada Allah SWT.. Bagaimana kita mengabdikan diri pada-Nya? Dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh-Nya dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang olehnya. 

Pengaiban. Apa itu pengaiban? Pengaiban adalah kelakuan yang mengaibkan seseorang. Sebagai contoh, anda membuka aib seseorang itu kepada orang lain. Perkara tersebut adalah berdosa dan dilarang oleh Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:  "Barangsiapa yang menyingkap aib keburukan@dosa saudaranya yang Muslim, Allah akan menyingkap keburukannya sehingga dia akan terhina meskipun di rumahnya sendiri".  (Hadis riwayat Ibnu Majah) daripada Ibnu Abbas.

Pengaiban seperti ini lazimnya terjadi akibat perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap saudara seislam mereka. Mereka yang melakukan ini mungkin dengki dengan kesenangan sahabatnya lalu menyebarkan cerita-cerita yang bukan-bukan sehingga terjadinya fitnah dan sekali gus mengaibkan orang lain. 

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud;
"Dan fitnah itu lebih dahsyat (dosanya) dari pembunuhan".

Berhati-hatilah kepada mereka yang mengaibkan orang lain, suatu hari nanti, anda akan diaibkan jua oleh Allah SWT dan terhinalah kamu.. 

Kepada mereka yang diaibkan, bersabarlah. Dan aq berbangga dengan kamu kerana bersabar dan tidak pula mengaibkan mereka semula walaupun kamu banyak mengetahui tentang aib-aib mereka.. Semoga Allah memberkati kamu.. Insya-Allah..

Sekarang dah dapat bezakan antara pengabdian dan pengaiban lom? Haha.

Cukuplah di sini sahaja blog aq kali ini.. Post kali ini banyak mengandungi info-info yang bermanfaat kepada sesiapa yang mahu memanfaatkannya.. Tetapi, jika anda menganggap post ini sebagai sampah, maka kamu tidak memperoleh apa-apa dari post ini.. Wallahu A'lam...

Saturday 16 July 2011

Malaysia Vs. Liverpool?

 VS


16 Julai 2011 : Malaysia menentang Liverpool di Stadium Bukit Jalil, Malaysia.. Pasukan Malaysia tewas 6-3 di tangan Liverpool. At least Malaysia ada gak gol.. Syabas Malaysia. I Love Malaysia.. Rock on!!!

Friday 15 July 2011

Nisfu Sya'aban, Malam Pengampunan.

Pejam celik pejam celik dah nak dekat puasa dah.. Begitu pantasnye masa berlalu.. Bak air yang mengalir dari kepala paip.. (Air paip kat sentul slow nak mampos..nak mandi pun xsyok...Berkarat lak tu.. Air paip kat kampung aq kat Johor lg best.. Sentiasa laju dan bersih.. Tahniah SAJ & Takziah to SYABAS..)





Esok, 16 Julai 2011 bersamaan 14 Sya'aban 1432H.. Ramai orang menyambut Malam Nisfu Sya'aban ni.. Malam Pengampunan..



Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)


Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya danmenyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Banyakkan berdoa kepada Tuhan..

Marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran, berzikir, memberi sedekah dan sebagainya. Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut. Amin.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin...






ISU-ISU SEMASA



MAJLIS TILAWAH AL_QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53
Tarikh: Jul 16, 2011 - Jul 23, 2011
Lokasi: PWTC, Kuala Lumpur




Bermula 15 Sya'aban, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 akan di adakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur. Berlangsung  sehingga 23 Julai 2011 / 21 Sya'aban 1432H, MQTA 2011 bertemakan "Unity as the Essence to Ummah’s Prosperity". Orang ramai dijemput hadir.



McDonald akan mengadakan Olympic Day Fun Run 2011 pada 17 Julai 2011 jam 7.30 pagi di Dataran Merdeka. Untuk keterangan lanjut, sila click here. Untuk mendownload borang penyertaan, click here to download.


Datanglah beramai-ramai...






Wednesday 13 July 2011

Malaysia Vs. Arsenal?

 VS

Kepada sesapa yang tengok Pasukan Bola Sepak Negara berlawan dengan Arsenal tadi, ape perasaan korang?? Best ke tidak?

0 - 4 

Xdela teruk mana... Cukuplah memperhebatkan pengalaman bagi Pemain-pemain Malaysia...
Tahniah aq ucapkan.. Lain kali main laa dengan lebih bersemangat k...

Kepada penyokong Arsenal, tahniah gak di ucapkan sebab menyokong Arsenal... Tapi jangan duk sokong Pemain asing, pemain sendiri tergadai... Bak kata orang... Menang sorak kampung tergadai...


Okla... Xnak komen ape banyak2... Sebab aq pun bukan peminat bola sepak & yang paling penting aq ni kaki bangku....!! 
(Pecah tembelang...)...

Aq xkesah.. Yang penting kita enjoy....!! Rock on!!!



Tuesday 12 July 2011

Apabila ketiadaan Boss di Office...

Hahahaha.... Inila keje aq... Boss kuar jap... So, aq pun sibukla facebooking & bloging... Hehehe... Jangan mara je kawan2... Yang penting... Kita enjoy... Hikhikhik... Pening2 kepala pun xleh nk uatpe dh... Layan jela... Rock on!!!


Monday 11 July 2011

Fikir - fikir... Nanananana~

Pebende laaa aq nak post hari ni ek... Hurmm pk2 lagi... Pk pk jangan x pk... hehehehe...

Ok2la... Dah dapat idea dah ni....

Coding is my hobbies...

Esok Dah Mula Kerja!!


Ermm.. Bermula esok 12 Julai 2011 aq start bekerja sebagai seorang Programmer di salah sebuah syarikat IT kat Setapak, Kuala Lumpur... Sebelum ni aq dah attend Kursus IT kat Astrums Consulting Sdn Bhd kat Kelana Jaya... Bermula laa ceritera sketsa kehidupan season baru bagi diriku di atas muka bumi ini... Harap2 berkekalan & serasi laa kerja tu nanti dengan diriku...


Nak dijadikan cerita, aq belajar IT ni selama hanya 3bulan sahaja... Coding... Coding.. Coding... Semuanya coding... Tanpa apa2 basic dalam bidang IT, aq menceburinya jua.. From zero to hero, akhirnya aq boleh juga mengoding dan ia adalah sesuatu yang menarik sekali... :)



Code-code ini laa yang menjadi nadiku...

After aq tamat Kursus IT tersebut, aq pernah di hired oleh sebuah company yang boleh tahan pengaruhnya... Sebuah studio yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur.. Masa tu, mereka amat memerlukan seorang Programmer dan aq laa programmer pertama dalam company tersebut... Masa interview pun, dia tak tanya banyak pun tapi terus je hired aq... Hahaha... Mula2nya terasa hebat.. Tetapi lama-kelamaan perasaan bertukar hampeh...

Bayangkan... Dah laa ini first job aq... Aq lak first programmer kat sana... Dorang terus suruh aq handle sebuah project besar.. Experience aq ciput je (3bulan).. Manalah aq termampu melaksanakan project tersebut seorang diri tanpa di-guide... Aduh.. Naik pecah kepala otak aq... Tambahan pula, environment company tersebut majority Chinese... And everything is Chinese.. Chinese.. Chinese... Aq yang melayu ni di sisihkan... Then apa lagi... Aq resign... Enough..

Dulu aq pening melihat code ini.. Tetapi sekarang tidak lagi....


Esok laa aq mula kerja dengan company yang baru bertapak dan mahu meningkat naik ni... All Malay.. Aq harap aq leh bertapak dalam company tu dan berkhidmat dengan knowledge yang aq perolehi semasa Training dulu... Lagipun, semasa interview, mereka kata mahu trained aq and guide aq demi menyediakan product2 yang berkualiti dari company tersebut... Insya - Allah.. I'll do my best..

Okla... Nak kena tido awal ni... Esok first day... First impression mesti best... Kalu x, jadi xbest laa selamanya... Hikhikhik... Apepun... best coding ni.... Wish me luck! Rock on!!








Sunday 10 July 2011

Pebenda aq nak post ni weyh? Ada idea?

Aq tak tau nk post ape arini... Hahaha... Just cakap pasal tempat2 favorite aq jela yek... Ermm...

  1. McDonald Titiwangsa
  2. Halloo Abemie Station (Bandar Baru Sentul)
  3. McDonald Kota Damansara
  4. Oldtown White Coffee (Commerce Tower)
  5. Ayam Penyet (Taman Dato' Senu)
  6. Nasi Kukus Ayam Dara Kak Salmah (Desa Jaya Kepong)

Aq selalu lepak McD Titiwangsa sambil on9 & edit blog2 aq... Sambil2 tu main Farmville sekali... Sbb aq gila farmville.. Hehehe... Kat McD Titiwangsa ni best taw... Kat bahagian Open Air dia kat tingkat dua tu leh View KLCC... Malam2 best lepak situ... Cuma parking je susah kit especially time lunch & orang balik keje...

Halloo Abemie Station - adalah restoran melayu, ala2 western gitu... Masakan dia pun best... Harga berpatutan (Walaupun high laa jugak).. Boleh dikatakan setiap malam aq lepak situ on9 dan makan... Best gak tu...

Mcd Kota Damansara - Aq lepak sini kalau aq gi jalan2 makan angin kat Uptown Kota Damansara je... Baliknye singgah jap laa untuk on9 farmville & blog... hehehe.... Di mana ada free wifi, di situ ada aq...

Oldtown White Coffee (Commerce Tower) - Lokasi adalah kat Commerce Tower, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur... Sapa yang tak tau mana lokasi ni, adalah bersebelahan dengan Sogo Shopping Mall.. Kalau yang naik LRT tu leh turun di Stesyen Bandaraya - then turun tangga.. Jangan jalan arah Sogo k... Hehehe... Aq biasanya lepak kat situ petang2... Kalu xkerja laa... Minum petang sambil menikmati suasana Bandaraya Kuala Lumpur ibu negara Malaysia...  Chewah.. Jangan lupa kesana...

Kadang2, dah bosan makan goreng2 kat Halloo Abemie Station, aq gi makan kat Ayam Penyet... Lokasi : Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur.. Boleh tahan laa dia punye makanan... Puas & Pedas... Hahaha... Yang tak best nye time nak bayar.. Membebel akak owner kedai pasal harga barang naik laa... Limau mahal laa... Susu naik harga laa... Kalau nak naikkan harga makanan terpulang laa... Tapi xyahla nak bebel2... Aq xnak dengar pown laa... Wekkkkk!!! :P

Nasi Kukus Ayam Dara Kak Salmah - Wah... yang ni terbaek! Aq suka sangat... Walaupun Lokasi agak ja0h dari rumah aq, boleh dikatakan setiap minggu mesti pi sana... Memenuhi kehendak nafsu makan... Hehehe.... Lokasi dia berhadapan dengan McDonald Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur.. Ayam Dara dia terbaek! (Dara laa katakan...hikhikhik)...

Sebenarnya banyak lagi tempat aq melepak... Hahaha... Di lain post aq akan share kan nye lagi... Peace ya~ Rock on!!!!


P/S : Pic xde... Nanti lain hari aq upload pic lak... Tungguuuuu.......

Bersih~ Tak perlu kata apa-apa...

Hahaha... Perhimpunan Bersih 2.0... Aq xnak komen apa2 pasal isu ni... Dahsyat betul laa... Jom tengok gambar2 yang sempat aq sematkan dalam blog ni pasal isu ni... Jom2... Enjoy yourself... Rock on!!!


Pebende ntah ni

Gambar Bersih
Siap jual baju lagi... Hikhikhik...


Apepun... Peace laa untuk Malaysia... Kita duduk kat Malaysia... Satu Langit... Berpijak di bumi yang sama... Janganla berpecah belah... Xbaik...

Friday 8 July 2011

Lari dari parking RM10, kena bayar parking RM150..

Kat sini aq nak kongsi cerita ngan korang korang korang semua laa... Just sharing... Macamni ceritanya...


Ini laa I-City kalau korang tak tau..hikhikhik
Malam 3hb Julai aritu, aq sesaje je nak gi I-City Shah Alam (kononnye dulu gi sane I-City under renovation lagi).. Try laa gi.. Sampai je Seksyen 7, tengok jalan lengang je... Eh? Tak ramai orang gi ke? Rupa2nye parking dah siap kat dalam... Hehehe..  Try laa nak masuk.. Korang tau berapa parking dia?

Weekday = RM5/Car
Weekend & Public Holiday = RM10/Car.. 


Ahh... Malas lak nk gi... RM10 tu kalu beli makan kenyang..(hikhikhik...pikir makan je aq ni...perut dah makin kedepan ni...nak jogging malas...hikhikhik).. So, xjadi gi I-City... Ktorang gi pulak Uptown Shah Alam...   

I know yang Uptown tu kat Seksyen 24, so lalu laa highway LKSA.. terlajak sampai tol mane ntah... Tak pasal2 kena bayar tol RM0.60 sekali keluar, and U-turn masuk balik highway RM0.60 lagi... Ish3... Bengong punye aq... Hahaha...

Punye laa ramai orang kat Uptown malam tu... Cari parking punye laa payah... Berderet2 kereta parking tepi jalan kat Komplek Muhibbah tu... Nampak je ada kosong, aq pun ape lagi, parking laa.... Lock kereta and jalan2la kat Uptown tu... 

The first benda yang menarik perhatian aq adalah, pet shop dia... Peh... Jual kucing comel2... geram siot aq tengok..(hikhikhik...aq ni luar je nampak rockers...tp hati penyanyang haiwan....hikhikhik)... Then aq pusing2 laa kat uptown tu... Pusing2 punya pusing punya pusing sampai kul 1 lebih gak laa... Dah habis pusing, tiba laa masa dan ketikanya untuk aq pulang ke KL... huhuhu yeay! Balik boleh tido... Nantok beb!!!

Sampai kat keta ternampak satu lembaran bewarna putih kat bawah wiper kereta aq... Aq igtkan flyers2 je... Rupa2nya saman trafik... Aduh...duh...duh...duh...terkena suda.... Kena saman sebab parking tepi jalan... Gilo ke apo nak saman2 gitu... Dah tempat tu xdo parking so kitorang nak parking kat mana laie? Lagipun malam..

Tergaman, menyirap, dan macam2 lagi laa perasaan aq masa tu.... Adoyai.. Gila ah... Aq dh laa dh lame xkena saman.. (al-maklum lah pemandu berhemah...hikhikhik)...

Tula akibatnye... Biar bayar sikit, jangan bayar banyak... Tak pasal2 kena bayar parking RM150... Saman parking.. Byk tu beb... Aq pun mcm xcaya je.... 

Sekian dulu laaa... Aq dah nantok ni... Nanti aq cite lagi... 


To Be Continued...



Thursday 7 July 2011

Percubaan Pertama

Hello everybody...

Hari ini 07/07/11 hari Khamis... Aq mula tergerak hati nak menulis blog.. Teringin pulak nak merasa ada blog sendiri ni... Hahaha.. Aq harap response yang akan aq terima nanti adalah positive... Hehehehe....

Firstly aq perkenalkan diri aq... Cukuplah jika kalian kenal saya dengan nama Redza Tahir.. Sebab apa? Sebab aq terlalu fanatik kepada Faizal Tahir... Hehehehe.. Kira nak jadi adik Faizal Tahir laa ni... Lalalala~

Ni rupe aq yg xhensem.. hikhikhik....


Eh... lupe lak... kalu korang nak cari aq, korang leh add aq kat FB... ni FB aq.. www.facebook.com/redzatahir.. Add laa ye... hehehe

Ermm try video lak ye... jap2....


Ni laa video idola aq... Faizal Tahir... Rock on bro!!!


Aq rasa cukupla dulu ye... ni baru percubaan pertama... Lain kali aq cuba lagi... Hikhikhik....
Bye semua.... Rock on!!!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes