About

Aq seorang yang hensem (hensem ke? :P ), sedikit high temper, suka nyanyi tetapi pendiam. Aq bercita-cita nak jadi penyanyi (suara sedap ke?) atau pelakon (berbakat ke?).. Merupakan graduan Biotechnology, tetapi bekerja sebagai seorang Programmer. Sebagai seorang programmer, sepatutnya aq dah tahu, pandai dan expert untuk membuat website, apatah lagi mencipta sebuah blog.. Tetapi sebenarnya, aq masih lagi baru dalam dunia IT ni.. So, aq mahu menimba pengetahuan, belajar, dan menguasai ilmu programming ni..

Aq suka makan, tetapi xkuat makan.. Makanan kegemaran aq adalah Nasi Kukus Ayam Dara.. Minuman kegemaran aq, selain Teh `O Ais, aq suka minum Air Soya Bean.. Makanan sampingan yang aq suka ialah Choki-Choki.. Sampaikan staff kat office (Encik Sahar) kata, aq ni hanya makan Choki-Choki.. Selalunya kat office, aq jarang lunch sebab nak save budget.. Hahaha.. Maklumla, sebagai Junior Programmer ni, gaji aq xdela seberapa.. Lagipun Bos (Encik Saufi) kata, aq kerja dengan dia ni macam training laa jugak.. Belajar cara-cara untuk menjadi seorang Programmer yang berbakat..
Thanks laa kat kerajaan Malaysia (PSMB – Kementerian Sumber Manusia) sebab panggil aq Training IT kat Astrums Consulting Sdn Bhd dulu. Dari situ aq mula meminati kerja-kerja programming ni.. Selama tiga bulan (3 bulan je ke?) aq didedahkan dengan kerja-kerja programming ni.. Dan ini kerjaya pertama dalam hidup aq yang aq pernah lalui. Aq harap, aq boleh menambah pengetahuan dan akhirnya berjaya dalam bidang ini..
Macam yang aq cakap tadi, aq ni pemalu + pendiam.. Jadi, aq ingin sekali laa belajar tentang bagaimana mahu berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat. Teringin juga sambung pelajaran dalam bidang Mass Communication, tapi, bila difikirkan semula, aq ni bukanlah pandai sangat berkata-kata (al-maklumlah pendiam), so, aq belajar sendiri-sendiri jela ye..
Aq rasa cukupla disini post yang pertama bagiku di sini, jadi, apa jua kekurangan pada diri aq, aq harap aq boleh memperbaikinya demi kebaikan manusia sejagat.. Hehehe :P .. Baiklah, ini semua tentang diri aq.. Nikmati Santapan yang paling nikmat kat blog aq ni.. Adios amigos!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes