Tuesday 20 September 2011

Bangkit Semula..

Dah lama rasanya aq tidak mengupdatekan blog ini.. Busy dengan kerja yang menimbun di atas meja office ini.. Jadi, hari ini, aq ada masa terluang sedikit ini. aq rebut dengan sebaiknya untuk mengupdate blog ini...



Aq sebenarnya ada hobi baru.. Hobi aq sekarang adalah mengumpul koleksi baju daripada DC Comics Superheroes Boutique.. Walaupun agak mahal, tapi aq mencuba untuk mendapatkannya jua.. Butik2 DC yang pernah aq singgahi adalah di Pavillion & One Utama. Dan aq sempat menyambar 3helai baju.. Heh heh heh..

Dalam entry ini, aq tak dapat nak mengupload gambar2 sebab semua gambar2 berada di dalam memory card handphone Nokia 5700 Express Music aq lg.. Handphone yang lama dan buruk serta selalu rosak.. Aq malas nak guna phone lain sebab:

  1. Aq selesa menggunakan HP ini..
  2. Aq sayang kat HP "Limited Edition" ini.. (Dua kali berendam dlm air tapi masih berfungsi..)
  3. Aq sayang HP ini sbb HP ini yg aq idam2kan sejak dulu lg..
  4. Aq takde duit nk beli HP baru.. Hehe..
Ingatkan, kalu ada duit, aq nak sambar BB Torch hehe.. macam best je BB Torch ni..

Cukup2.. berbalik pada cerita td, semua gambar2 yg aq plan nak masukkan kat blog ini tidak dapat diuploadkan dek kerana Card Reader aq rosak.. Dan aq takdela ambil byk2 gambar sbb memory card HP aq dah penuh.. 

Jadi, gambar2 akan aq upload dalam entry akan datang.. Nantikan laa yer...

Dek kerana dah lama aq tak update blog, hari ini aq bagi tajuk entry ini sebagai "Bangkit Semula" yang membawa maksud, aq mengatur langkah baru selepas dah lama menyepi.. Bersesuaian dgn lagu Adrenalin nyanyian Faizal Tahir..

Jadi, sekian dulu entry aq kali ini.. Jumpa lg.. :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes