Thursday 11 August 2011

Ramadhan & Bazaar..


Bila sebut pasal Ramadhan, apa yang berlegar-legar dalam fikiran kita adalah puasa.. Bila sebut pasal puasa pula, apa yang singgah dalam fikiran kita sejenak adalah juadah berbuka puasa. Juadah berbuka puasa yang semestinya berkait rapat dengan topic yang akan dibincangkan sebentar lagi iaitu Bazaar Ramadhan.
Bazaar Ramadhan begitu sinonim pada bulan puasa – bulan yang Mulia ini. Semestinya pelbagai juadah boleh didapati di sini.. Antara juadah yang dijual di sini adalah seperti;
  1. Nasi Ayam 
  2. Nasi Goreng Ayam
  3. Nasi Goreng Ayam berempah
  4. Nasi Kukus
  5. Nasi Ambang
  6. Murtabak
  7. Roti John
  8. Ayam Percik
  9. Ayam Golek
  10. Satay
  11. Nasi Lemak
  12. Nasi Campur + Lauk Pauk
  13. Aneka Jenis Sup
  14. Mee JawaPelbagai Jenis AirKuih-Muih
  15.  DSB
Kebanjiran peniaga-peniaga yang mencari rezeki sampingan pada bulan Ramadhan ini yang menampilkan pelbagai variasi juadah berbuka puasa ini menjadikan pengunjung yang berkunjung di sini rambang mata dan tidak tahu mahu memilih juadah apa yang mahu dijadikan sebagai bahan untuk berbuka puasa pada hari tersebut.. Dan disebabkan terlalu banyak pilihan juga, para peniaga di bazaar-bazaar ramadhan ini bersaing da nada segelintirnya yang meletakkan harga yang tinggi kerana mereka mahu mengaut keuntungan. Tambahan pula, ramai pengunjung yang berkunjung di sini.


RB telah pun berkunjung di beberapa buah bazaar ramadhan sekitar Lembah Klang ini. Antara bazaar-bazaar yang RB kunjungi adalah Bazaar Ramadhan Bandar Baru Sentul (Dekat ngan umah RB..hehe:P), Bazaar Ramadhan Wangsa Maju, Bazaar Ramadhan Melawati Shah Alam, Bazaar Ramadhan Bandar Sri Damansara, Bazaar Ramadhan Kg Baru, Bazaar Ramadhan  Sungai Buloh, Bazaar Ramadhan Seksyen 7 Shah Alam, DSB.
















Yang pastinya, setiap bazaar di setiap tempat menyediakan sesuatu yang berbeza kepada para pengunjungnya. Akibatnya, RB rasa mahu menjelajah lagi mencari bazaar-bazaar yang menjanjikan kelainan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur ini, tetapi disebabkan kekangan masa, RB tidak sempat berbuat demikian.


Apabila berlakunya kebanjiran makanan di bazaar-bazaar ini, muncul pula isu di mana mungkin saja makanan-makanan yang dijual di sini tidak begitu bersih. Tambahan pula, jika makanan yang tidak habis dijual pada suatu-suatu hari digunakan kembali (rotate) untuk hari berikutnya (lebih-lebih lagi air). Jadi, kemungkinan makanan-makanan ini rosak dan mengundang seribu satu masalah kepada pengguna.
Pernah sekali RB terbeli Samosa yang kelihatan begitu enak sekali, tetapi apabila RB menyantapnya, RB dapati inti di dalamnya telahpun basi. Jadi, Kerugian di situ.

Baru-baru ini, berita tentang seorang kanak-kanak yang meninggal dunia selepas memakan makanan yang dibeli di bazaar ramadhan. Selepas memakannya, dia diserang sakit perut. Keesokan harinya, dia ditemui mati dengan mulut berbuih. Kes ini membuktikan lagi pendapat RB mengenai kondisi makanan di bazaar ramadhan.

Begitu juga dengan sampah. Para peniaga akan meninggalkan sampah di kawasan bazaar dan mengundang pelbagai jenis bakteria merbahaya di kawasan itu. Sampah-sampah ini akan dikutip oleh majlis perbandaran pada keesokan harinya. Sebagai contoh, di tapak Bazaar Ramadhan Bandar Baru Sentul, setiap pagi ketika RB memandu melewati jalan tersebut untuk ke tempat kerja, masih terdapat longgokan sampah sarap di sana. Dan pihak majlis perbandaran / majlis bandaraya  hanya akan mengutip sampah pada jam 9 ke atas.
Kesimpulannya, bazaar ramadhan sememangnya mendatangkan impak-impak yang positif dan negatif. Segala keputusan terletak di tangan anda. Terpulang kepada anda bagaimana mahu menilainya..

PS: Artikal ini dikarang sendiri oleh RB.. Macam karangan sekolah tak? Hahaha :P.. Surat khabar xnak ambil aq keje ke?

Sincerely,
-RB-

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes