Tuesday 12 November 2013

Try

Just try.. Post blog via iOS apps.. Mana laa tau sedap ke.. Huhu. Rasanya mcm sedap je.. Sedap ke?

Lagi mudah dari wp.. 

Sekadar gambar hiasan..



Tuesday 20 September 2011

Bangkit Semula..

Dah lama rasanya aq tidak mengupdatekan blog ini.. Busy dengan kerja yang menimbun di atas meja office ini.. Jadi, hari ini, aq ada masa terluang sedikit ini. aq rebut dengan sebaiknya untuk mengupdate blog ini...



Aq sebenarnya ada hobi baru.. Hobi aq sekarang adalah mengumpul koleksi baju daripada DC Comics Superheroes Boutique.. Walaupun agak mahal, tapi aq mencuba untuk mendapatkannya jua.. Butik2 DC yang pernah aq singgahi adalah di Pavillion & One Utama. Dan aq sempat menyambar 3helai baju.. Heh heh heh..

Dalam entry ini, aq tak dapat nak mengupload gambar2 sebab semua gambar2 berada di dalam memory card handphone Nokia 5700 Express Music aq lg.. Handphone yang lama dan buruk serta selalu rosak.. Aq malas nak guna phone lain sebab:

  1. Aq selesa menggunakan HP ini..
  2. Aq sayang kat HP "Limited Edition" ini.. (Dua kali berendam dlm air tapi masih berfungsi..)
  3. Aq sayang HP ini sbb HP ini yg aq idam2kan sejak dulu lg..
  4. Aq takde duit nk beli HP baru.. Hehe..
Ingatkan, kalu ada duit, aq nak sambar BB Torch hehe.. macam best je BB Torch ni..

Cukup2.. berbalik pada cerita td, semua gambar2 yg aq plan nak masukkan kat blog ini tidak dapat diuploadkan dek kerana Card Reader aq rosak.. Dan aq takdela ambil byk2 gambar sbb memory card HP aq dah penuh.. 

Jadi, gambar2 akan aq upload dalam entry akan datang.. Nantikan laa yer...

Dek kerana dah lama aq tak update blog, hari ini aq bagi tajuk entry ini sebagai "Bangkit Semula" yang membawa maksud, aq mengatur langkah baru selepas dah lama menyepi.. Bersesuaian dgn lagu Adrenalin nyanyian Faizal Tahir..

Jadi, sekian dulu entry aq kali ini.. Jumpa lg.. :)

Tuesday 16 August 2011

Selamat Berbuka Puasa


Saya ingin mengucapkan Selamat Berbuka Puasa kepada umat Islam yang menunaikan fardhu puasa.. Di sini, aq nak kongsikan sedikit tips-tips berbuka puasa yang dicipta sendiri oleh aq.. hahaha...

TIPS YANG PERTAMA
Mulakan berbuka puasa dengan bacaan Doa Berbuka Puasa seperti :



TIPS YANG KEDUA
Makan Buah Kurma Dulu..



TIPS YANG KETIGA
Makan ape yang korang nak makan..



TIPS YANG KEEMPAT
Baca blog aq..



TIPS YANG KELIMA
Layan Video ini sambil makan..




SELAMAT BERBUKA PUASA !


TIPS YANG KEENAM
JANGAN LUPA KOMEN ENTRY INI...


TIPS YANG KETUJUH
JANGAN LUPA CLICK PADA ENTRY2 YANG LAIN...

Saturday 13 August 2011

Ramadhan & Sahur



Setiap pagi di bulan Ramadhan, sebelum Subuh adalah waktu bersahur... Bersahur adalah untuk melatih diri kita supaya TIDAK MALAS..

Tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond
tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit
tapi kalau still tak ada effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!
tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya..


JANGAN MALAS-MALAS BANGUN SAHUR YA~

pesanan ikhlas dari RB - rangkapsatu.blogspot.com

Thursday 11 August 2011

Ramadhan & Bazaar..


Bila sebut pasal Ramadhan, apa yang berlegar-legar dalam fikiran kita adalah puasa.. Bila sebut pasal puasa pula, apa yang singgah dalam fikiran kita sejenak adalah juadah berbuka puasa. Juadah berbuka puasa yang semestinya berkait rapat dengan topic yang akan dibincangkan sebentar lagi iaitu Bazaar Ramadhan.
Bazaar Ramadhan begitu sinonim pada bulan puasa – bulan yang Mulia ini. Semestinya pelbagai juadah boleh didapati di sini.. Antara juadah yang dijual di sini adalah seperti;
  1. Nasi Ayam 
  2. Nasi Goreng Ayam
  3. Nasi Goreng Ayam berempah
  4. Nasi Kukus
  5. Nasi Ambang
  6. Murtabak
  7. Roti John
  8. Ayam Percik
  9. Ayam Golek
  10. Satay
  11. Nasi Lemak
  12. Nasi Campur + Lauk Pauk
  13. Aneka Jenis Sup
  14. Mee JawaPelbagai Jenis AirKuih-Muih
  15.  DSB
Kebanjiran peniaga-peniaga yang mencari rezeki sampingan pada bulan Ramadhan ini yang menampilkan pelbagai variasi juadah berbuka puasa ini menjadikan pengunjung yang berkunjung di sini rambang mata dan tidak tahu mahu memilih juadah apa yang mahu dijadikan sebagai bahan untuk berbuka puasa pada hari tersebut.. Dan disebabkan terlalu banyak pilihan juga, para peniaga di bazaar-bazaar ramadhan ini bersaing da nada segelintirnya yang meletakkan harga yang tinggi kerana mereka mahu mengaut keuntungan. Tambahan pula, ramai pengunjung yang berkunjung di sini.


RB telah pun berkunjung di beberapa buah bazaar ramadhan sekitar Lembah Klang ini. Antara bazaar-bazaar yang RB kunjungi adalah Bazaar Ramadhan Bandar Baru Sentul (Dekat ngan umah RB..hehe:P), Bazaar Ramadhan Wangsa Maju, Bazaar Ramadhan Melawati Shah Alam, Bazaar Ramadhan Bandar Sri Damansara, Bazaar Ramadhan Kg Baru, Bazaar Ramadhan  Sungai Buloh, Bazaar Ramadhan Seksyen 7 Shah Alam, DSB.
















Yang pastinya, setiap bazaar di setiap tempat menyediakan sesuatu yang berbeza kepada para pengunjungnya. Akibatnya, RB rasa mahu menjelajah lagi mencari bazaar-bazaar yang menjanjikan kelainan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur ini, tetapi disebabkan kekangan masa, RB tidak sempat berbuat demikian.


Apabila berlakunya kebanjiran makanan di bazaar-bazaar ini, muncul pula isu di mana mungkin saja makanan-makanan yang dijual di sini tidak begitu bersih. Tambahan pula, jika makanan yang tidak habis dijual pada suatu-suatu hari digunakan kembali (rotate) untuk hari berikutnya (lebih-lebih lagi air). Jadi, kemungkinan makanan-makanan ini rosak dan mengundang seribu satu masalah kepada pengguna.
Pernah sekali RB terbeli Samosa yang kelihatan begitu enak sekali, tetapi apabila RB menyantapnya, RB dapati inti di dalamnya telahpun basi. Jadi, Kerugian di situ.

Baru-baru ini, berita tentang seorang kanak-kanak yang meninggal dunia selepas memakan makanan yang dibeli di bazaar ramadhan. Selepas memakannya, dia diserang sakit perut. Keesokan harinya, dia ditemui mati dengan mulut berbuih. Kes ini membuktikan lagi pendapat RB mengenai kondisi makanan di bazaar ramadhan.

Begitu juga dengan sampah. Para peniaga akan meninggalkan sampah di kawasan bazaar dan mengundang pelbagai jenis bakteria merbahaya di kawasan itu. Sampah-sampah ini akan dikutip oleh majlis perbandaran pada keesokan harinya. Sebagai contoh, di tapak Bazaar Ramadhan Bandar Baru Sentul, setiap pagi ketika RB memandu melewati jalan tersebut untuk ke tempat kerja, masih terdapat longgokan sampah sarap di sana. Dan pihak majlis perbandaran / majlis bandaraya  hanya akan mengutip sampah pada jam 9 ke atas.
Kesimpulannya, bazaar ramadhan sememangnya mendatangkan impak-impak yang positif dan negatif. Segala keputusan terletak di tangan anda. Terpulang kepada anda bagaimana mahu menilainya..

PS: Artikal ini dikarang sendiri oleh RB.. Macam karangan sekolah tak? Hahaha :P.. Surat khabar xnak ambil aq keje ke?

Sincerely,
-RB-

Tuesday 9 August 2011

Risiko Berkahwin dengan Programmer...


Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.


Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."


Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?


Suami : Bad command or filename.


Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!


Suami : Errorneous syntax. Abort?


isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?


Suami : Variable not found...


Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.


Suami : Sharing Violation. Access denied...


Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.


Suami : Too many parameters...


Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.


Suami : Data type mismatch.


Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.


Suami : It's by Default.


Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?


Suami : File in use ... Try later.


Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?


Suami : Unknown Virus. "






Friday 5 August 2011

Harapan Ramadhan Buat Redza Bong


Hahaha... Salam Ramadhan buat semua umat2 islam di dunia! Tak sangka jap je dah masuk bulan Puasa, bulan yang penuh keberkatan ini... Dalam bulan ini, kita disyariatkan supaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Bagi yang tak tahu apa itu puasa, puasa adalahh menahan diri daripada makan dan minum (lapar & dahaga).. Itu daripada istilah... Dari segi syara' nya pula, puasa diertikan sebagai menahan diri daripada mengikut telunjuk hawa nafsu.. (pendapat RB)


Dalam bulan puasa ini, umat islam disuruh supaya berlapar (tanpa makan dan minum) dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.. Dari segi scientificnya pula, perkara ini adalah kerana untuk merehatkan perut & usus yang bekerja selama 11bulan tanpa henti.. Jadi, puasa bakal memberi kesihatan kepada manusia...

Puasa juga adalah untuk melatih umat Islam menangani Nafsu.. Pada bulan ini Allah SWT telah merantai segala jenis Jin, Iblis, Syaitan supaya tidak mengganggu manusia.. Tetapi, yang tinggal hanyalah NAFSU semata.. Jadi, manusia perlu mengekang sendiri nafsu yang ada padanya.. Supaya melakukan perkara-perkara mahmudah dan meninggalkan perkara-perkara yang mazmumah.. Begitulah hakikatnya bulan Ramadhan ini...

Tambahan, Bulan Ramadhan ini dikatakan bulan penghulu seribu bulan.. Memberikan pahala yang berlipat-kali-ganda kepada sesiapa yang beribadah kepada Allah SWT.. Oleh itu, Umat Islam disarankan memperbanyakkan amal kebajikan di bulan puasa..


Jadi, disini saya ingin mengajak lagi Umat Islam supaya mengerjakan Ibadah Puasa ini dengan sebaiknya.. Semoga Ibadah kita semua Sempurna dan diterima oleh Allah SWT.. Insya-Allah.. Amin.. Ya Rabbal Alamin... Sekian, sebelum menutup perbicaraan kita, RB menghidangkan sedikit santapan Entertainment kepada anda semua yang sudi singgah di blog RB ini... Nikmatilah ia sebaiknya.. Assalamu`alaikum! Rock on!!


Harapan Ramadhan

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes